Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

HOME | KEDAI BAIDURI | MY SEWING | MY DIY | GALERI TASNEEM |

Tuesday, November 16, 2010

Malam rayaku

esok semua umat islam akan menyambut adiladha....lembu kambing dan yang seangkatan denganya semua dh b'siap sedia untuk dikorbankan..... mak aku plak sibuk kat dapur siapkan sambal nasi himpit n gulai untuk nasi minyak pg esok, aku baru keluar dari dapur....mata dh hampir layu + penat drive petang tadi....kesian jugak tengok mak aku kat dapur sorang2, tapi badan aku dh mula sengal2 isyarat untuk aku merebahkan diri di atas tilam yang empuk dengan segera...hehe. em, alamatnya esok kena bangun awal la...baju x iron lg.....aku xsabar nk tunggu hari esok, sup tulang lembu korban....sedapnya....dah lama aku tunggu. sup tulang lembu korban xmacam sup tulang yang biasa dijual di kedai2.....aku mula jatuh cinta ngn daging lembu korban sejak 2 3 tahun yang lalu...sedangkan dulu aku teramat anti dengan daging lembu. Alhamdulillah...tuhan memberi peluang untuk aku merasa nikmatnya (^_^).... alangkah ruginya pada mereka yang xmakan daging...tambahan pula daging lembu korban....sedaaaaap sangat2...hehe.... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA & SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN.......ALLAHU AKBAR!

Monday, November 15, 2010

Tuhan menguji takkan berakhir

Lusa adalah Hari Raya Korban, dan aku akan pulang ke pangkuan bonda untuk beraya bersama. Untuk kali keduanya aku beraya tanpa suami disisi. Sedih....tetapi inilah dugaan dari Allah yang aku percaya satu hari nanti kami akan berdekatan jua. Aku bersyukur walaupun jarak memisahkan pandangan antara kami, namun tiada masalah lain yang mengganggu.....biarkan kami bahagia ya Allah walau dengan apa cara sekalipun, dan tetapkanlah kepercayaan antara kami.
Jarak antara dungun dengan sungai petani bukanlah dekat, 8 jam perjalanan....tapi aku gembira (^_^)
'sabarlah sayang, cuti tahun ni dah habis...jika diizinkanNya, kita akan beraya bersama tahun depan'

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA~

Tuesday, November 9, 2010

Putus asa

hari sabtu ni aku akan menduduki M-test...m-test buat kali yang ke-5....
kali pertama aku apply KPLI, xtahu mana silapnya maybe aku silap isi form...maklum la kali pertama isi KPLI. kali kedua aku mtest kat gong badak, aku teruja sangat....aku menumpang rumah kawan aku,ja kt tepoh, batu 6. pagi tu ja yang hantar aku ngn skuter egonya....t/hari pn dia datang jemput aku. kali ketiga plak aku dapat mtest kt gong badak jugak, dan menumpang rumah ja jgk.....masih belum ada rezeki, kali keempat aku dapat lagi ujian mtest....kali ni kat dungun n mak aku sndiri yang temankan aku.....pun masih belum ada rezeki. then aku apply lagi KPLI untuk kali yag ke-5....dan hari sabtu ni aku akan jalani ujian mtest lagi....kali ni aku ingin beralih angin, pusat ujian kat sungai petani n offcourse husband aku sndiri yang akan temankan aku nanti.....
apa yang aku ingin kongsikan, setiap kali aku mendapat panggilan mtest aku sentiasa bersemangat untuk mendudukinya.....tetapi kali ini lebih bersemangat, aku bli buku mtest, aku baca, aku buat latihan.....setiap kali mtest mesti la aku mengharapkan kelulusan, tapi kalau xberjaya aku kira usahaku belum lagi mencapai kelayakan untuk aku menjadi seorang guru.... so, aku terima....aku xkan putus asa...yang penting usaha aku sendiri dan bukan orang lain...harapan aku, moga2 ada sinar untuk aku menjadi seorang guru pada tahun depan.....amin~

Salam Pembukaan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi....
aku rase teruja yang teramat, tiba-tiba minat datang. terima kasih kepada nor, kerana membuka minda ini...
sekarang  aku akan menggunakan kemudahan internet untuk menambah ilmu pengetahuan. aku nak aktif dalam dunia blog....aku akan belajar....bemula dengan meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari ...dan insyAllah jika diizinkan aku ingin memecut......
aku bukanlah seorang penulis yang berbakat, tetapi aku ingin belajar menulis.....(^_^)

kt cni aku nk expose ckit gambar2 time aku kawen bulan 6 tahun lepas =)

aku didandan =)

berposing sebelum ke masjid utk majlis akad =)
kat masjid Sultan Mahmud...hubby tgh dup dap dup dap...hehe

alhamdulillah.....dah selamat =)

ni kenduri kat umah aku...bandar ambs, dungun..
rombongan lelaki sampai =)

berfoto ngn ahli keluarga belah aku n hubby =)

sesi usik-mengusik...kih3 =)

outdoor maa.....ni kat tasik bukit besi =)

ni plak kenduri kat sedaka, kedah =)

berfoto dalam bilik pengantin dulu...heee =)
outdoor jgk maa.....kebetulan bendang tgh hijau...chantek!! =)

persalinan last...outdoor jgk la =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...